Skip to main content

Malaysia

SERANGAN DRON CETUS KEBAKARAN DI KOMPLEKS SEKTOR MINYAK KUWAIT

Ujian terbaharu Tesla menyaksikan kenderaan beroperasi tanpa individu di dalamnya, walaupun kenderaan pengiring masih mengekori Robotaxi berkenaan untuk pemantauan jarak jauh. -Foto Amanz
Konflik menyebabkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur serta menjejaskan pasaran global dan penerbangan.

ISTANBUL: ISTANBUL, 5 April (Bernama-Anadolu) -- Serangan dron mencetuskan kebakaran di kompleks sektor minyak Kuwait di kawasan Shuwaikh awal Ahad, lapor Anadolu Ajansi memetik Kuwait Petroleum Corporation.

Menurut syarikat itu tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pasukan kecemasan dan bomba sedang menangani kejadian tersebut.

Wilayah berkenaan berada dalam keadaan berwaspada sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan udara pada 28 Feb terhadap Iran, membunuh lebih 1,340 orang setakat ini termasuk Pemimpin Tertinggi Iran ketika itu Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel selain Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Konflik menyebabkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur serta menjejaskan pasaran global dan penerbangan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must-Watch Video