Skip to main content

Advertisement

Sukan

Anwar Terima Kunjungan Hormat Mesut Ozil, Anak Presiden Erdogan Di Istanbul - Berita Sukan

Pada pertemuan berlangsung di sebuah hotel di sini, Anwar sempat berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan dengan Ozil, mengenai pelbagai perkara termasuk melibatkan kepentingan umat Islam dan situasi kemanusiaan di Gaza.

OZIL: ISTANBUL, 8 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat bekas pemain bola sepak antarabangsa terkenal Mesut Ozil dan anak presiden Turkiye, Necmeddin Bilal Erdogan pada hari terakhir lawatan rasminya ke negara itu, hari ini.

Pada pertemuan berlangsung di sebuah hotel di sini, Anwar sempat berkongsi pengalaman serta bertukar pandangan dengan Ozil, mengenai pelbagai perkara termasuk melibatkan kepentingan umat Islam dan situasi kemanusiaan di Gaza.

“Sebagai selingan santai, perbualan kami turut menyentuh kisah cucu saya yang merupakan penyokong tegar The Gunners, satu perkara yang mengundang senyuman beliau,” kata Perdana Menteri menerusi satu kenyataan.

Perdana Menteri turut mengambil kesempatan menjemput bekas pemain Arsenal dan Real Madrid itu  berkunjung ke Malaysia untuk berkongsi pengalaman tentang  bola sepak, kepimpinan, nilai kemanusiaan serta peranan anak muda dalam memperjuangkan keadilan dan solidariti sejagat.

Anwar berkata Ozil kini terlibat secara aktif dalam AK Party Republik Turkiye di samping terus komited dalam pelbagai inisiatif kemanusiaan.

-- LAGI

 

ANWAR-OZIL 2 (AKHIR) ISTANBUL

 

Pertemuan itu kemudiannya disertai Necmeddin Bilal.

Perdana Menteri mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye sejak Selasa lepas, atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Lawatan rasmi itu juga merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara.

-- BERNAMA

 

Must-Watch Video