Skip to main content

Teknologi

Kes e-waste: Empat termasuk KP, TKP Alam Sekitar direman bantu siasatan

This is Alt text for Image
image caption

KUALA LUMPUR:

Seorang lagi orang awam turut direman tiga hari hingga Ahad berhubung siasatan sama.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas menerima permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.

Terdahulu, keempat-empat individu yang lengkap berpakaian lokap warna jingga dan bergari itu tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 9.30 pagi diiringi pegawai SPRM.

Media melaporkan kedua-dua pegawai kanan itu ditahan kira-kira 6.30 petang semalam selepas hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
Difahamkan, siasatan SPRM kini menumpukan kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan pengurusan e-waste yang dipercayai berlaku dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan penahanan itu semalam memaklumkan siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh dan profesional mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Beliau berkata SPRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam perbuatan rasuah, tanpa mengira kedudukan atau jawatan.
Kes disiasat di bawah peruntukan Akta SPRM 2009.
-- BERNAMA

Must-Watch Video