Skip to main content

Politik

MOF teliti kesesuaian pengeluaran caruman KWSP untuk MHIT - Amir Hamzah

This is Alt text for Image
Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata MOF menjangkakan menerusi pendekatan ini serta sokongan daripada semua pihak satu sistem yang lebih baik dan menyokong sistem kesihatan kerajaan dapat diwujudkan.

KUALA LUMPUR:

Kementerian Kewangan (MOF) masih berbincang dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi meneliti sama ada konsep Pelan Insurans dan Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) Asas boleh diterima sebagai sebahagian produk yang dibenarkan untuk pengeluaran oleh pencarum.

Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata MOF menjangkakan menerusi pendekatan ini serta sokongan daripada semua pihak satu sistem yang lebih baik dan menyokong sistem kesihatan kerajaan dapat diwujudkan.

 "Jadi insurans asas ini penting untuk memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Topic Berkaitan

Must-Watch Video