Skip to main content

Politik

Serangan ke atas anak: Saya sendiri akan tulis surat kepada PM, KDN usul NFA - Rafizi

This is Alt text for Image
This is the image caption

KUALA LUMPUR:

Datuk Seri Rafizi Ramli berhasrat untuk mengirim surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung kes melibatkan serangan ke atas anaknya.

 Bekas Menteri Ekonomi itu turut bercadang untuk mengusulkan status Tiada Tindakan Lanjut (NFA) kerana tiada sebarang perkembangan dimaklumkan selepas enam bulan serangan tersebut berlaku.

“Kalau dirasakan siasatan ini tak ke mana, saya sendiri akan tulis surat kepada Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan PDRM untuk mengusulkan supaya siasatan ini dihentikan dan NFA-kanlah sahaja kes ini,” katanya melalui hantaran di Instagram miliknya hari ini.

Must-Watch Video