Skip to main content

Malaysia

PIALA CABARAN: SABAH LEBUR HARSAT HARIMAU KUMBANG DAPATKAN KELEBIHAN AGREGAT

Ujian terbaharu Tesla menyaksikan kenderaan beroperasi tanpa individu di dalamnya, walaupun kenderaan pengiring masih mengekori Robotaxi berkenaan untuk pemantauan jarak jauh. -Foto Amanz
Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada aksi final kedua di Stadium Likas pada 19 April ini.

GEORGE TOWN: GEORGE TOWN, 4 Apr (Bernama) -- Jaringan penyamaan Sabah FC pada masa kecederaan meleburkan hasrat Penang FC untuk membawa kelebihan ke Stadium Likas selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada aksi final pertama Piala Cabaran 2025/2026 di Stadium Bandaraya di sini, malam ini.

Sepakan penalti diberikan kepada Sabah FC selepas berlaku kekasaran di hadapan gawang apabila penjaga gol Penang FC Mohamad Ramdhan Ab Hamid menjatuhkan pertahanan lawan Gabriel Peres pada masa kecederaan.

Gabriel yang mengambil sepakan itu tenang menyempurnakan peluang untuk menewaskan Mohamad Ramdhan sekali gus mengundang kekecewaan ribuan penyokong tuan rumah.

Sebelum itu, Penang FC mendahului menerusi penyerang sensasi Dylan Wenzel-Halls pada minit ke-71.

Gol berkenaan berpunca daripada hantaran jauh Faith Friday Obilor yang disambut kemas Dylan di dalam kotak penalti sebelum pemain berusia 28 tahun itu menyudahkan peluang dengan tenang menewaskan penjaga gol Sabah FC Damien Lim.

-- LAGI 

 

SUKAN-BOLA SEPAK (PIALA CABARAN) 2 (AKHIR) GEORGE TOWN

 

Terdahulu separuh masa pertama menyaksikan Harimau Kumbang bermula garang apabila dilihat mendominasi perlawanan sebaik wisel permainan dimulakan.

Dylan hampir membuka jaringan seawal minit pertama, namun percubaannya dari sebelah kiri berjaya diselamatkan Damien yang tangkas mengawal gawang.

Tuan rumah terus mengasak dengan beberapa peluang berbahaya yang dicipta Dylan, namun gagal menghasilkan jaringan.

Bersambung babak kedua, Penang FC terus memberi tekanan menerusi gerakan menarik antara Muhammad Firdaus Saiyadi dan Dylan pada minit ke-48, namun rembatan kaki kiri Dylan berjaya ditepis Damien.

Dylan akhirnya memecah kebuntuan pada minit ke-71 untuk meletakkan tuan rumah di hadapan.

Sabah FC kemudian meningkatkan asakan dan hampir menyamakan kedudukan, namun pertahanan kental Penang FC berjaya mengekang serangan pelawat.

Bagaimanapun, sepakan penalti pada minit ke-96 menyaksikan Sabah FC berjaya menyamakan kedudukan, sekali gus memastikan kedua-dua pasukan masih mempunyai peluang seimbang menjelang aksi final kedua.

Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada aksi final kedua di Stadium Likas pada 19 April ini.

-- BERNAMA

 

Must-Watch Video